Khamis, 7 Julai 2011
UJIAN / PENGREDAN TALI PINGGANG 24 . 7. 2011
Ujian / pengredan tali pinggang untuk pelatih-pelatih taekwondo Kelab Koryo Kluang akan di jalankan pada 24.7.2011 (AHAD) bermula PADA JAM 8.00 PAGI DI DEWAN SERBAGUNA KAMPUNG MELAYU.. Pelatih-pelatih yang layak untuk menjalani ujian tersebut di minta bersedia dari segi latihan dan di harapkan agar pelatih-pelatih dapat menghadiri latihan pada setiap minggu. Pelatih-pelatih yang terpilih untuk mengikuti ujian diingatkan untuk memakai dobok/uniform taekwondo selengkapnya dan bagi pelatih lelaki, tidak memakai t.shirt dan seluar disebelah dalam dobok dan bagi pelatih perempuan di benarkan untuk memakai t.shirt berwarna putih. dan bertudung putih atau hitam. Pemegang tali pinggang poomse dan hitam di kehendaki hadir di sessi ujian tersebut. Sekian di maklumkan selamat menjalani ujian dengan cemerlang dari jurulatih Koryo Kluang.
Jumaat, 8 April 2011
Isnin, 22 Mac 2010
Isnin, 15 Mac 2010
AKTIVITI 2010
Pada tahun 2010,Koryo Kluang banyak menyertai kejohanan-kejohanan samaada di peringkat Kelab Koryo atau yang bukan di anjurkan oleh Koryo.Koryo Kluang juga telah menganjurkan kejohanannya sendiri yang diadakan di Stadium tertutup Kluang.Koryo Kluang telah menjadi juara keseluruhan (peringkat junior). Selain itu, kejohanan lain yang di sertai olek Koryo Kluang adalah Kejohanan Jemputan Koryo Muar (Bhaskar),
Kejohanan Jemputan Kelab Jaguh (K.L.), Kejohanan jemputan Koryo Tampin dan Kejohanan Jemputan Koryo Muar (Kasturi). Seorang pelatih dari Koryo Kluang telah di pilih untuk mewakili Kelab Koryo di Kejohanan Kebangsaan (remaja) dan telah memenangi pingat emas pada kejohanan tersebut. Koryo Kluang pada tahun 2011 akan lebih aktif dan akan menyertai lebih banyak kejohanan dengan harapan akan dapat melahirkan lebih ramai athlet yang berbakat dalam sukan taekwondo.

Rabu, 30 Disember 2009
SESSI LATIHAN SPARRING.
SeSsi latihan sparring di jalankan di Sekolah Kebangsaan Seri Taman Kluang Barat, pada setiap hari jumaat dan sabtu pada jam 8.00 hingga 10.00 malam. terdapat kira-kira 40 orang murid yang terlibat didalam sessi latihan sparring ini. Latihan sparring bertujuan menyediakan murid-murid menghadapi apa jua pertandingan yang akan dijalankan dan membentuk fizikal dan mental murid-murid.
Kepada murid-murid yang berminat untuk menyertai latihan sparring ini di minta menghubungi jurulatih bagi mendapatkan maklumat lanjut,atau menelefon di talian 0126194023.
Kepada murid-murid yang berminat untuk menyertai latihan sparring ini di minta menghubungi jurulatih bagi mendapatkan maklumat lanjut,atau menelefon di talian 0126194023.
Selasa, 4 Ogos 2009
Sejarah Koryo Kluang
Koryo Kluang ditubuhkan pada tahun 2008 bermula dengan 3 buah sekolah iaitu di S.K. Kg. Melayu, S.K. Kg. Sri Tengah dan S.K. Taman Sri Lambak (T6). Sekarang Koryo Kluang mengajar di 10 buah sekolah rendah dan anak-anak kakitangan Penjara Kluang. Koryo Kluang diterajui oleh En. Rozali B. Othman, Fatin Izzaty, Rozaimi Rozali,Hamizi Tokiman dan En. Hafiz. Kepada yang berminat untuk mempelajari sukan taekwondo di daerah Kluang, bolehlah menghubungi En. Rozali B. Othman di alamat e.mail:
koryokluang@yahoo.com
Koryo Kluang akan mengadakan kelas bagi orang dewasa di S.K. Seri Taman Kluang Barat pada setiap hari jumaat dan sabtu pada jam 8.00 malam. Kepada yang berminat untuk mempelajari seni mempertahankan diri taekwondo, sila mendaftar diri di tempat dan masa yang tertera. Kehadiran anda di alu-alukan.

Langgan:
Catatan (Atom)